Kunjungi Juga Halaman

Saturday, May 17, 2025

SYUKUR

 ALHAMDULILLAH


    Sudah lama tidak menulis sejak 2015, waktu tu baru sahaja keluar dari UPNM dan baru belajar di KYPJ. banyak perkara yang telah dilalui. Insyallah aku akan ceritakan sikit kisah hidup aku secara ringkas. Aku dah berkahwin dengan jodoh pilihan aku, SRK pada tahun 2017. Tahun 2018 aku baru habis belajar dan bekerja sebagai juruteknik di kilang. Aku mendapat anak pertama pada 2019 dan juga kereta pertama aku, kemudian aku berhenti bekerja dan sambung degree di UTM pada tahun 2020. Pada 2020 juga aku mendapat anak yang kedua. Waktu ni dunia kene wabak Covid, jadi semua orang kene kuarantin, belajar pun online. Aku buat kerja part time sebagai cashier di Lotus. Alhamdulillah, aku lepas menghadapi waktu sukar tu. kalau aku kenang balik macam mana aku survive dulu memang tak sangka. Semua ni berkat ISTERI dan keluarga yang banyak membantu. Sebelum aku grad, aku mendapat lagi seorang anak lelaki. Sepanjang aku belajar degree aku dah dapat tiga orang anak. Memang strugle, tapi rezeki Allah yang bagi. Sekarang aku dah capai cita-cita aku untuk jadi Jurutera dan aku suka dengan kerja aku sekarang. Banyak lagi cabaran hidup yang aku kene hadapi lagi akan datang. Aku tahu aku memang tak akan survive tanpa isteri aku. THANK YOU MY WIFE FOR SUPPORTING ME. Semoga Allah terus membantu kami dan memberikan rezeki yang melimpah. Semoga kami mencapai impian dan berjaya dunia dan akhirat.