Kunjungi Juga Halaman

Sunday, June 19, 2011

Kem Keindahan BersamaMu MRSM Muar

asalamualaikum,
waktu cuti semester, selama seminggu saya menghabiskan masa di maktab kerana ada Kem Cuti Skor A SPM dan Kem Keindahan BersamaMu(KBM) anjuran IkramTeens dan MRSM Muar. walaupun hnya menghabiskan cuti seminggu sahaja, tpi, kepuasann dapat dirasai kerana kem ini sangat menyeronokkan kerana macam2 yang kami dapat pelajari. program kecemerlangan SPM dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah kertas peperiksaan dan mengulangkaji pelajaran secara terancang..
KBM MRSM Muar

pelajar- pelajar tingkatan 5
persahabatan tiada nilai. hargailah semua sahabat kita.


 KBM yang bermula pada 11 jun dan berakhir pada 12 jun. program ni bnyak buat saya menangis lah. penat sungguh. kalau seminggu buat, seminggu lah kena menangis.. adoih.. alhamdulillah, kem ni dapat mnyedarkan diri tentang kebesaran Allah , dapat menimbulkan rasa cinta kepada Rasullullah dapat mengeratkan hubungan antara sahabat. dan yang paling penting ialah mengenai keluarga. saya telah meluahkan apa yang saya rasa kepada semua. saya rasa sedikit lega dan lebih bersemangat lepas meluahkan dan berkongsi cerita.entah lah, mungkin memang diri saya ni memang bersikap suka berdiam kot. kat sini juga, saya nk mintak maaf atas semua salah saya, minta dihalalkan makan & minum.saya akan cuba jadi yang terbaik dalam tempoh 2 minggu. impian dan cita-cita saya ialah berjaya dunia akhirat, insyaallah.

pada hari kedua, saya memang ternanti-nanti mama datang, mama ada bagitau nk datang, sya risau sangat kalau mama x datang. tpi alhamdulillah, saya dapat berjumpa dengan mama semasa semua berkumpul di dalam dewan. semua sedang ternanti-nantikan ibu bapa mereka. saya bersyukur kerana dapat peluang berjumpa dengan mama. mama dah sampai pada hari sebelum sebelum datang ke maktab.

saya sangat sayang mama, ayah dan semua keluarga saya. sya nk keluarga saya bersatu macam dahulu. saya inginkan keluarga saya bahagia, saya akan hadiahkan kejayaann kepada semua. amin..
good luck everyone!!

No comments:

Post a Comment