Kunjungi Juga Halaman

Thursday, December 1, 2011

Minggu ketiga SPM

Asalamualaikum
Minggu terakhir SPM, semua tenanti-nanti waktu untuk balik, semua sudah tidak sabar. macam-macam nk buat waktu2 terakhir ni untuk dikenang. meninggalkan maktab memang la sedih. walaupun dulu terasa nk keluar, x tahan. tapi bila waktu-waktu terakhir ni semua akan rasa sedih, semua akan tinggal kenangan saja, dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu. tidak lupa juga kepada semua staf maktab. saya sangat berterima-kasih kepada mereka. rasa sesal dihati apabila mengutuk dan menghina orang-orang disini. walauapapun semua tu kenangan dan sejarah. pasti tidak akan berulang lagi.

Isnin- Hari ni cuti sempena awal muharam. hari ni saya belajar kimia dengan bersungguh-sungguh. rasanya tidak sampai hati mengecewakan cikgu rozaki.
Selasa- hari ni exam kimia. saya tak tahu nk menilai soalan ni mudah atau senang. namun saya bersyukur kerana telah berjaya menjawab kesemuanya. hanya berserah kepada Allah untuk menentukan keputusan akan datang.
Rabu-exam biology. masing-masing tidak sabar menghabiskan exam ni. semua sedang excited untuk balik dan MERDEKA. itulah yang kami semua mahukan. 10 minit terakhir paper 3, kami semua dah mula membuat bising di dalam dewan tu. tak kurang juga yang mengambil gambar sewaktu tamat peperiksaan. kami semua bersalamn dengan pengawas peperiksaan. mereka amat sporting. mereka gak menceriakan kami sewaktu tamat peperiksaan. ketua pengawas juga memberi nasihat kepada kami. hari ni nurul syazana kan pulang ke rumahnya. inilah hari terakhir saya melihat dia. pastinya saya kan meindui dia. waktu kami sedang sibuk berlatih melukis dan mewarna, rakan-rakan kami sedang sebok BBQ. inilah jamuan terakhir kami. dipantau oleh cgu Hasni yang sememangnya seorang yg bertanggungjawab. malam ni gak mood saya tak baik.
khamis-semua orang sedang sibok mengemas barang untuk pulang ke rumah. kami(budak seni) sedang berlatih seni dengan cgu noer. hati saya sedih apabila melihat, seorang demi seorang rakan-rakan kami pulang. hari ni jugak hari terakhir bersama Nahvin. dialah sahabat paling baik saya di maktab ni. saya berasa sangat terharu dengan iema dan skin. diorg bnyak tlg saya.kami(budak seni) yg terakhir sekali. saya pulang agak lewat. nahvin masih tido atas katil saya. mesti dia tunggu saya. dia pun balik lambat jugak. sedih meninggalkan dia. saya hampir je nanges. naseb baik boleh cover lagi. bilalah boleh jumpe dia lagi. he is my bestbestbest friend in that college. saya hanya naik motor je, dan balik ke rumah ayah di Batu Pahat.
kepada semua guru, terima kasih banyak-banyak!

No comments:

Post a Comment