Kunjungi Juga Halaman

Sunday, April 29, 2012

I'm 18 Years Old

Yeay, alhamdulillah Allah panjangkan umur saya sehingga saya 18 tahun. mcm2 pengalaman saya da lalui. ramai orang saya da jumpa. ramai sudah yang menjadi kawan saya. terima kasih kepada yg wish dan yg bagi hadiah kat saya. so, hari ni saya mengemas rumah dan bilik sehingga kemas yg teramat. huhu. pastu jalan2 makan steambot. berapa bnyak saya amik sampai x larat nk makan. pastu shoping kat jusco pulak. beli pakaian, cd dan bayblade utk collection saya. seronok2.


semalam, saya ada buat temu janji dengan beberapa kawan terbaik saya untuk celebrate kejayaan saya temuduga ni selain berjumpa sebelum masing2 ke matrik dan universiti. saya memang sayang kawan2 saya. terima kasih kat korang sebab keluar dengan saya. saya x de ramai kawan yang baik mcm ni yang snggup sama2 susah dan sama2 senang dengan saya. dan saya juga mengaku saya bukan kawan yg baik juga. namun saya cuba menjadi kawan yang baik terhadap semua orang yang saya anggap kawan. kawan yg biasa kita jumpa mmg senang kita rapat namun apabila kawan baik yg jarang jumpa agak susah untuk didekati face to face. saya perlu ambil masa untuk kenal kawan2 saya dengan lebih mendalam. bila jumpa mereka baru saya tahu sesuatu yg tersembunyi dalam diri mereka yg tidak saya sedari. saya akan jadi seseorang yg lebih memahami. saya mahu lakukan yg terbaik utk kawan saya sebagaimana mereka melakukannya terhadap saya. saya x mahu apa yg ada pada saya hilang dan saya amat bersyukur dengan apa yg saya dapat sekarang.

Friday, April 27, 2012

Sakit kerana Cinta???

Apa yang saya tulis ni tiada kene mengena dengan sesiapa tapi cume ingin memberikan pandangan. cinta membuatkan kita bahagia dan juga sengsara. Jika hati kita sudah terpaut antara satu sama lain pastilah bahagia bukan namun jika kita bertepuk sebelah tangan bagaimana pula? ramai yang mengalami strees kerana cinta. adakah patut jadi begini? SO, bagaimana mahu handle frust dalam bercinta ni. pertama sekali kita perlu bersabar dan motivate diri sendiri. jngan mengambil jalan mudah seperti bunuh diri atau berdendam. kerana sikap ini amat tidak baik. kedua, pandai menyelesaikn masalah. contohnya, jika masalah hubungan cinta yg semakin lama semakin pudar. amik masa untuk mengetahui punca. saling bermaafan dan tidak menyalahkan sesiapa dengan kata lain saling memahami. cinta yang bahagia ialah pasangan yang saling memahami, mengambil berat dan melindungi. jika pasangan kita sudah lama tidak contact kita. jngan berfikiran negatif dan bertindak la dngan positif. mybe dia ada masalah lain, lepas tu kita marah2 dia sbb x contact. bagaimana hubungan tu akan bertahan lama?

ada juga yang baru putus cinta. sehingga penuh status, twitter dan blog dia luahkan perasaan dia. bukan x bagus untuk meluahkan perasaan. namun luah di tempat yg betul agar x makan diri sendiri nnti. setiap yang berlaku ada hikmah nye. ni nasihat utk org yg putus cinta. jngan putus harapan kerana hidup perlu diteruskan. setiap yang berlaku ada hikmah, mybe kita dpt yg lebih baik. selain itu, amik masa utk kuatkan diri semula kerana biasanye org putus cinta mmg moody berbulan2. buat xtiviti yg boleh lupekan tentang kisah lalu agar diri tenang seperti senaman dan aktiviti luar lain. kalau boleh elakkan ke tempat kenangan dengan dia. tapi kalau boleh cube la berbaik semula, xkan nk biar hubungan yg da bertahun2 tu lenyap begitu saje kan.

ada juga yg x bercinta namun stress bagai org gila. kalau da syok tu luahkan je la. ni simpan2. pastu x dapat jadi frust. bukan nk mengata tapi risau makan diri. kalau nk simpan bole juga namun jngan terlalu memberi harapan tinggi. sentiasa menerima dan memberi.

cinta melalui kapel bukan la jalan yg baik, sbb kapel x menjamin utk bahagia smpai tua. tapi ada juga yg kapel, kawin dan bahagia, tapi itu utk org yg betul2 menjaga antara satu dngan yg lain. so nk hubungan tu bertahan lama ialah dengan bertindak biasa2 sahaja. jngan terlebih2 dan terkurang2, faham2 la ye :)

conclusion nye. perlukah sakit kerana cinta? cari la cinta yg betul2 buat anda bahagia. Allah telah menentukan jodoh kita. jngan rasa susah hati kerana setiap org ada jodoh. cinta boleh bahagia dan sengsara.

#sebarang komen dan pandangan boleh disuarakan :)

Thursday, April 26, 2012

Menjadi Pegawai

asalamualaikum

dari 14hb mac sehingga 25hb march interview untuk pemilihan pegawai kadet di UPNM. pelbagai ujian dikenakan bagi mencari pegawai yang betul2 layak. fizikal juga dititikberatkan seperti tinggi dan berat. ujian larian dalam tempoh masa tertentu yang amat mencabar serta pelbagai exam. sehingga lah lembaga awal yaitu hari temuduga. sesiapa yang berjaya temuduga akan terus layak sehingga lembaga no.3.

akhirnya saya berjaya dalam interview ni. alhamdullilah, terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya. macam2 da saya lalui memandangkan ramai calon dari merata negeri. saya da mulai rindu suasana di kem Terendak dengan kawan2 dan staf2 yg gile2 perangai. kene raging jemur dan baring tengah panas sampai legap kulit saya. kesian kan. tapi saya puas hati kerana saya adalah bakal pegawai Kadet UPNM.

Saturday, April 7, 2012

My Saturday

Asalamualaikum :)
hari ni ada latihan Motor, huhu. agak lambat dia amik, tapi bagus gak. sampai sane diorang da siap kumpul. x kisah lah. saya pun pilih la moto dan amik helmet cm biasa. hari ni naseb baik dpt helmet ngan moto bagus. x de la mcm ari tuh. moto mcm apa. x pasal2 jatuh. naseb bek x masuk dlm longkang tu. wat bngang jer. oleh sbb saya ni x sempat minum air, baru je beberapa round saya pun pergi la ke cafe dan tinggalkan moto di situ, x kan nk bawak. hehe. nk minum air pulak da la panas.lepas je minum air saya mahu sambung semula belaja, tapi moto lak hilang, menambahkan tension sye. tapi okay la x yah buat latihan. bole duduk lepak2. huhu. pastu sye borak ngan membe baru kenal kat situ, dia pun malas nk buat gak. hehe.lepas da bosan lepak situ sye nk g masuk pejabat, panas seh kat luar.

masa tu ada sorang dak pompuan ni baru dtg, hmm. baru sekarang saya perasan muka dia mcm ada iras fathiah sani. masa tu gak ramai dak lain da rasa malas nk buat cam sye, cgu yg jaga tu pon baru je repair moto yg saya rosakkan dulu sbb jatuh. hehehe, buat2 x tahu sudah la. cgu tu ckp kat pompuan tu amik moto tadi. saya kan mcm mls da nk buat. so saya bg la helmet ngan vest tu kat pompuan tu. gentle la kononnye. hehe. da dekat pukul 10 saya pergi trek latihan nk smbung latihan dan pompuan tu ada lagi kt situ. sya mintak helmet tu kat dia balik sbb saya suke helmet tuh. hehe, lepas habis 2 round buat saya pun stop dan mula borak ngan dak pompuan tuh. nama dia nadya ezaty, form 5, kelas E, smk kangkar pulai.

pastu sye pon balik la. oleh sbb malas nk tunggu runner sye jalan kaki dan berlari ke rumah. da la jauh, x pe la bersenam sikit kan. naseb baik mama da habis kerja masa tuh. smpat la dia amik kat flat kangkar pulai. balik umah mkn, main game, solat. mmg x de kerja la kan sye ni. pastu gayut ngan fatin, hehe, nk kene topup lagi ni sbb senang nk call dia nnti. sori lar rahmah x ckp sngat mce kau call, aku ni susah nk buat bnyak bnda serentak. mlm ni lak ada pasar malam. beli makanan kat situ je lar.asalkan kenyang

Friday, April 6, 2012

Start writing

no time no see, no see no write,no write no post, no post no reader,

da lame x update post sampai ada yg tanye bila nk tulis post baru? hehe, sori la, x de masa sbb bnyak main game jer, nk menulis pun jadi malas. okay, oleh sebab da terlanjur x menulis ni, x tahu nk tulis apa. sebenarnya da bnyak bnda jadi. tapi kalau nk cter sume dalam ruang ni susah la kan. so, page ni jadi tempat mengucap salam dan bertanye kabar, saya sihat je walaupun beberapa hari lepas demam panas. kalian sume sihat? da makan? waktu saya tulis blog ni saya x makan lagi dan saya tengah lapar, malas pula hendak ke dapur tngkat bawah. haish.sekarang pula saya selalu tido awal, penat sangat main game kot, hehe. tapi dalam area pukul 10.30 saya akan menulis lah, x sanggup pula mngecewakan sape2. *padahal yg baca beberapa org jer. . .
okay, nnti saya akan start menulis cter2 yg pernah jadi yg saya nk kongsi kpd sume pembaca. yeah!!

peace no war :)