Kunjungi Juga Halaman

Sunday, April 29, 2012

I'm 18 Years Old

Yeay, alhamdulillah Allah panjangkan umur saya sehingga saya 18 tahun. mcm2 pengalaman saya da lalui. ramai orang saya da jumpa. ramai sudah yang menjadi kawan saya. terima kasih kepada yg wish dan yg bagi hadiah kat saya. so, hari ni saya mengemas rumah dan bilik sehingga kemas yg teramat. huhu. pastu jalan2 makan steambot. berapa bnyak saya amik sampai x larat nk makan. pastu shoping kat jusco pulak. beli pakaian, cd dan bayblade utk collection saya. seronok2.


semalam, saya ada buat temu janji dengan beberapa kawan terbaik saya untuk celebrate kejayaan saya temuduga ni selain berjumpa sebelum masing2 ke matrik dan universiti. saya memang sayang kawan2 saya. terima kasih kat korang sebab keluar dengan saya. saya x de ramai kawan yang baik mcm ni yang snggup sama2 susah dan sama2 senang dengan saya. dan saya juga mengaku saya bukan kawan yg baik juga. namun saya cuba menjadi kawan yang baik terhadap semua orang yang saya anggap kawan. kawan yg biasa kita jumpa mmg senang kita rapat namun apabila kawan baik yg jarang jumpa agak susah untuk didekati face to face. saya perlu ambil masa untuk kenal kawan2 saya dengan lebih mendalam. bila jumpa mereka baru saya tahu sesuatu yg tersembunyi dalam diri mereka yg tidak saya sedari. saya akan jadi seseorang yg lebih memahami. saya mahu lakukan yg terbaik utk kawan saya sebagaimana mereka melakukannya terhadap saya. saya x mahu apa yg ada pada saya hilang dan saya amat bersyukur dengan apa yg saya dapat sekarang.

No comments:

Post a Comment